Kerajaan کراجاءن Kedah

Sultan Negeri Kedah merupakan Ketua Negeri. Di bawah perlembagaan negeri, kuasa perundangan adalah pada Dewan Undangan Negeri Kedah. Dewan ini melantikkan anggota Dewan untuk membentuk Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (EXCO).

EXCO, yang diketuai oleh Menteri Besar Kedah, memegang kuasa eksekutif dan merupakan badan yang membuat dasar kerajaan negeri. Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan adalah daripada parti politik yang memenangi kerusi yang terbanyak di dalam Dewan Undangan. Menteri Besar sekarang adalah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Menteri Besar منتري بسر

Menteri BesarTempoh
perkhidmatan
Parti
Haji Mohamad Sheriff Bin Osman1948 - 1954Parti Perikatan
YTM Tunku Ismail Bin Tunku Yahaya1954 - 1959Parti Perikatan
Tan Sri Syed Omar Bin Syed Abdullah Shahabuddin1959 - 1967Parti Perikatan
Tun Dato' Seri Utama Syed Ahmad Bin Syed Mahmud Shahabuddin1967 - 1978Parti Perikatan & Barisan Nasional
Dato' Seri Syed Nahar Bin Tun Syed Sheh Shahabuddin1978 - 1985Barisan Nasional
Tan Sri Haji Osman Bin Haji Aroff1985 - 1996Barisan Nasional
Tan Sri Sanusi Bin Junid1996 - 1999Barisan Nasional
Dato' Seri Haji Syed Razak Bin Syed Zain Barakhbah1999 - 2005Barisan Nasional
Dato' Seri Diraja Haji Mahdzir Bin Khalid2005 - 2008Barisan Nasional
Dato' Seri Ustaz Haji Azizan Bin Abdul Razak2008 - 2013Pakatan Rakyat
Dato' Seri Mukhriz Mahathir2013 - 2016Barisan Nasional
Dato' Seri Ahmad Bashah Md Hanipah2016 - 2018Barisan Nasional
Dato' Seri Mukhriz Mahathir2018 - sekarangPakatan Harapan

Ahli Parlimen اهلي فرليمن

Merujuk kepada Pilihan Raya Umum Ke-14 2018 (PRU14), berikut adalah ahli parlimen baru bagi pemerintahan negara Malaysia.

Parlimen Kerusi Ahli Parlimen Gabungan Parti
P004LangkawiMahathir MohamadPakatan Harapan
P005JerlunMukhriz MahathirPakatan Harapan
P006Kubang PasuAmiruddin HamzahPakatan Harapan
P007Padang TerapMahdzir KhalidBarisan Nasional
P008Pokok SenaMahfuz OmarPakatan Harapan
P009Alor SetarChan Ming KaiPakatan Harapan
P010Kuala KedahAzman IsmailPakatan Harapan
P011PendangAwang HashimGagasan Sejahtera
P012JeraiSabri AzitGagasan Sejahtera
P013SikAhmad Tarmizi SulaimanGagasan Sejahtera
P014MerbokNor Azrina SuripPakatan Harapan
P015Sungai PetaniJohari AbdulPakatan Harapan
P016BalingAbdul Azeez Abdul RahimBarisan Nasional
P017Padang SeraiM. KarupaiyaPakatan Harapan
P018Kulim - Bandar BaharuSaifuddin Nasution IsmailPakatan Harapan

Ahli Dewan Undangan Negeri اهلي ديون اوندڠن نݢري

Merujuk kepada Pilihan Raya Umum Ke 14 2018 (PRU14), berikut adalah ahli dewan undangan negeri baru bagi pemerintahan negeri Kedah.

DUN Kerusi ADUN Gabungan Parti
N01Ayer HangatJuhari BulatPakatan Harapan
N02KuahMohd Firdaus AhmadPakatan Harapan
N03Kota SiputehSalmee SaidPakatan Harapan
N04Ayer HitamAzhar IbrahimGagasan Sejahtera
N05Bukit Kayu HitamHalimaton Shaadiah SaadPakatan Harapan
N06JitraMukhriz MahathirPakatan Harapan
N07Kuala NerangMohamad Yusoff ZakariaGagasan Sejahtera
N08PeduRadzi Md AminGagasan Sejahtera
N09Bukit LadaSalim MahmoodGagasan Sejahtera
N10Bukit PinangRomani Wan SalinGagasan Sejahtera
N11DergaTan Kok YewPakatan Harapan
N12Suka MenantiZamri YusufPakatan Harapan
N13Kota DarulamanTeh Swee LeongPakatan Harapan
N14Alor MengkuduPhahrolrazi Mohd ZawawiPakatan Harapan
N15Anak BukitAmiruddin HamzahPakatan Harapan
N16Kubang RotanAsmirul Anuar ArisPakatan Harapan
N17Pengkalan KundorIsmail SallehPakatan Harapan
N18TokaiMohd HayatiGagasan Sejahtera
N19Sungai TiangSuraya YaacobBarisan Nasional
N20Sungai LimauAzam Abd SamatGagasan Sejahtera
N21Guar ChempedakKu Abdul Rahman Ku IsmailBarisan Nasional kemudian Pakatan Harapan
N22GurunJohari AbdulPakatan Harapan
N23BelantekMd Isa ShafieGagasan Sejahtera
N24JeneriMohammad Sanusi Md NoorGagasan Sejahtera
N25Bukit SelambauR SummugamPakatan Harapan
N26Tanjong DawaiHanif GhazaliGagasan Sejahtera
N27Pantai MerdekaAhmad Fadzli HashimGagasan Sejahtera
N28Bakar ArangSimon Ooi Tze MinPakatan Harapan
N29SidamRobert Ling Kui EePakatan Harapan
N30BayuAbdul Nasir IdrisGagasan Sejahtera
N31KupangNajmi AhmadGagasan Sejahtera
N32Kuala KetilMansor ZakariaGagasan Sejahtera
N33Merbau PulasSiti Aishah GhazaliGagasan Sejahtera
N34LunasAzman NasrudinPakatan Harapan
N35KulimYeo Keng ChuanPakatan Harapan
N36Bandar BaharuNorsabrina Mohd NoorBarisan Nasional

Pentadbiran Negeri ڤنتدبيرن نݢري

Pentadbiran Negeri Kedah terletak di Alor Setar iaitu di Bandar Muadzam Shah. Pada asalnya terletak di pusat bandar Alor Setar namun dipindah agar kesesakan lalu lintas dapat diatasi.

Pihak Berkuasa Tempatan ڤيهق برکواس تمڤتن

Pembahagian pentadbiran bagi Negeri Kedah terbahagi kepada 12 daerah pentadbiran. 12 daerah ini mempunyai pentadbiran tersendiri iaitu Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis Bandaraya / Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah) :

  1. Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS)
  1. Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK)
  1. Majlis Perbandaran Kulim (MPK)
  2. Pihak Berkuasa Tempatan Perindustrian Hi-Tech Kulim (HI-TECH Kulim)
  1. Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP)
  1. Majlis Daerah Bandar Baharu (MDBB)
  1. Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) *Dinaik taraf kepada perbandaran pada November 2018 [Dahulu dikenali sebagai Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP)]
  1. Majlis Daerah Padang Terap (MDPT)
  • Pokok Sena (Pokok Sena sudah menjadi sebahagian daerah lain tetapi ditadbir oleh MBAS)
  1. Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS)
  1. Majlis Daerah Pendang (MDP)
  1. Majlis Daerah Baling (MDB)
  • Sik (Daerah yang terbesar di Kedah)
  1. Majlis Daerah Sik (MDS)
  1. Majlis Daerah Yan (MDY)

Rujukan

WikiPedia: Kedah http://www.correctplace.com/Sub/Sightseeing101.htm... http://www.correctplace.com/Sub/Sightseeing34.html http://www.correctplace.com/Sub/Sightseeing6.html http://www.correctplace.com/Sub/Sightseeing60.html http://www.correctplace.com/Sub/Sightseeing65.html http://maps.google.com/maps?f=q&hl=en&q=Kedah,+Mal... http://www.hoteltravel.com/malaysia/kedah/guides/t... http://www.hoteltravel.com/malaysia/kedah/kedah-ai... http://www.hoteltravel.com/malaysia/kedah/kedah-pu... http://www.mykedah2.com/e_20hall_fame/e202b_menu.h...